Friday, April 26, 2013
Terima Kasih Abang
Aku duduk keseorangan di pasir putih.. menatap ke arah laut yg
terbentang luas ¦ sambil ku perhatikan riak-riak air ditepian pantai¦ teringat
semula aku pada remajaku yang penuh dengan detik-detik hitam¦
Aku berasal dari sebuah keluarga yang kuat dengan pegangan agama dan kedua ibubapaku adalah orang-orang
yang berdisiplin. Aku .. pada asalnya
seorang gadis yang begitu taat dengan ibubapa dan tidak pernah sekali melawan
apatahlagi mengherdik mereka berubah menjadi seorang yang biadab dan kurang
ajar.. Ini semua disebabkan salah pergaulaan sewaktu aku di sekolah menengah. Sepatah ibu cakap sepuluh aku menjawabnya. Semasa
di menengah lima aku sentiasa pulang lewat.. kadang kala hingga ke pukul dua
belas tengah malam. Telah berkali-kali dinasihati dan dimarahi tetapi kepalaku
ini sudah tidak dimakan ajar.. Seluruh keluargaku menjadi bimbang dengan
perubahan sikapku ¦ terutama sekali abang kesayanganku.
Pada suatu hari.. terjadi pertengkaran yang hebat diantara aku dan
abangku¦ "Ela, kenapa kau asyik balik lambat aje.. kan tak baik anak gadis
balik lewat-lewat malam selalu, apa nanti orang-orang kata!!" tegur
abangku yang berdiri di muka pintu pada malam aku balik dari Fire Disco.
"Aahh¦ kalau abang balik malam-malam tak apa.. kalau Ela tak boleh???..
Mana adil.!!. Kalau abang boleh balik malam Ela pun bolehlah..!!" jawabku
marah ¦"Kau tu perempuan Ela.. kalau jadi sesuatu .. keluarga yang dapat
malu nanti.."kata abang dengan nada yang agak tinggi.."Sudahlah abang¦.
Abang dengan emak dan ayah sama aje.. kuno.. Sekarang moden bang.. perempuan
dan lelaki dah setaraf.."jawabku selamba¦
"Tapi kau mesti ingat aku tak boleh mengandung.. kau boleh.."
sambung abang ku.. "Sudahlah bang.. Ela penat okay!!!. Ela nak
tidur.." kata ku.."Ela!!! Dengar sini.. Kalau lain kali kau balik
lambat lagi.. aku bilang mak suruh kunci kau jangan kasi kau kebebasan
lagi.."
"Apa ni bang.. abang agak Ela ni binatang ye?? Boleh dikunci¦.Jalan dah!!!.. siapa kisah
kalau pintu kunci Ela boleh keluar dari tingkap.."
"Kau semakin biadab sekarang nie ye Ela!!" kata abang marah.
Dengan tiba-tiba tangan abangku yg kasa itu hinggap ke mukaku..
aku ditamparnya.. Tangan yang dahulunya selalu membelai dan bermain denganku
hinggap ke pipiku yang dahulunya selalu dikucupnya.. Aku tergamam sebentar..
tanpa berkata apa-apa lagi aku pun mengangkat begku yang belum panas duduk di
kerusi dan terus bergegas keluar dari rumah tanpa berkata apa-apa.. Ibu tersentak
dari tidur. Ibu cuba menahanku tetapi abang melarang.
"Biarkan dia mak.. kalau sudah tidak dapat dididik lagi biar
dia keluar daripada memalukan keluarga¦nanti dia sedar, dia balik¦"kata
abang tegas.
Aku berlari dengan airmata berlinangan membasahi pipiku.. hatiku
terasa pilu.. abang kesayanganku telah menamparku.. Aku yang tidak pernah
dipukul apalagi ditampar oleh ayah atau ibu telah ditampar oleh abang .. abang
kesayanganku.. Aku berlari tanpa tujuan.. akhirnya kakiku membawaku ke rumah
Ina.. kawan baikku .. Ku ceritakan segala-galanya kepadanya. Ina.. kawan sepermainnanku
sejak kecil yang sentiasa menjadi tempat aku mengongsi rahsia.. Tetapi sejak
berkawan dengan Jo.. Ina ku tinggalkan.. Tetapi kini aku ke rumah Ina lagi¦Ku
ceritakan segala yang telah terjadi diantara aku dan abangku tadi¦
"Sabarlah Ela, tapi yang dikatakan oleh abang kau tu banyak
kebenarannya.. Engkau yang bersalah dalam hal ini Ela.." nasihat Ina
kepadaku..
"Kau pun salahkan aku???" tanyaku pantas¦ olehkerana kepenatan
kata-kata Ina ku diamkan sahaja.
Malam itu aku bermalam di rumah Ina.. Esok pagi setelah sarapan ..
aku mula beredar untuk ke rumah Jo.. setibanya di sana ku ceritakan kisahku
kepada teman lelaki ku itu..
"Sudahlah Ela .. apa yang you fikirkan sangat¦ mari ikut I..
I tahu bagaimana you boleh lupakan all your problems tu¦" katanya sambil
tersenyum manis..
Jo mengajakku ke satu tempat yang tidak pernah akupergi.. Aku
dibawanya ke sebuah pondok yang terpencil dan usang di Punggol.. Apabila aku
masuk.. aku dapati rumah itu penuh dengan asap dan remaja-remaja yang berpasang-pasangan
di kawasaan sudut rumah yang mungkin roboh dua tiga bulan lagi itu ¦ Mereka kelihatan
seperti berada di dalam keadaan mabuk.. dalam alam khayalan... Jo membawaku ke
satu sudut yang mana tidak diduduki oleh penghuni-penghuni rumah itu¦ Aku disuruhnya
mencuba barang yang dikatakannya membawa ketenangan itu.. Pada awalnya aku cuba
menolak¦tetapi Jo terus memujukku..
"Come on Ela.. try it.. enjoylah.. I guarantee you boleh
lupakan semua masalah you tu.."
Dengan perasaan ragu-ragu aku memberanikan diri mencuba benda yang
memberi khayalan kepada ku itu¦.. Jo menyuntikkan dadah yang dikatanya heroin
itu ketangan kiri ku¦ Setelah beberapa
minit kemudian, ku dengar imbasan suara orang merumpuh masuk ke pondok yang usang
itu . Aku cuba amati wajah marah yang menatapku di dedaun pintu..
"Mari balik Ela!!!!" teriak suara seakan-akan suara abangku.. nadanya yang marah menyebabkan aku kebingungan..
terasa seakan-akan aku berada dirumah .. dan dihadapannya..
"Hey!!! Lu sapa nie nak suruh Ela balik hah????" halang
Jo.. Pada saat itu.. kepala ku telah pun merasa pusing.. aku terasa seperti aku
berada di langit yang ke tujuh..
Segala yang terjadi disekelilingku tidak ku sedari lagi¦mata ku
terasa berat¦….tanganku mula longlai¦ aku
terasa tanganku ditarik¦ ku rasa bilik yang aku berada pada ketika itu menjadi
semakin panas¦ Pandangan mataku menjadi hitam
dengan tiba-tiba ..
Sebaiknya aku sedar.. aku berada di katil hospital¦ Aku dimasukkan ke Hospital Besar Singapura..
dan aku dikelilingi oleh Ina dan ibuku ..
"Abangggggg¦.. Mana abang???".. perkataan yang pertama keluar
dari mulut ku…. Ku lihat seraut wajah ibu yang tiba-tiba bertukar seakan-akan
ditutupi awan mendung¦ ibu menangis¦ airmata bercucuran membasahi pipi ibu ..
"Ayah.. mana ayah mak???".. tanyaku risau¦"Ayah kau
berada di dalam wad intensif .. dia diserang sakit jantung dengan
tiba-tiba.."jawab Ina perlahan.. "Mana
abangku Ina???" soalanku itu ku tujukan lagi.. tetapi kali ini kepada
Ina.. Ina terdiam.. soalan itu ku ulangi buat kali ketiga.. "Mana abangku
Ina!!???"
Air kaca menyaluti mata Ina¦
dengan nada rendah dia berkata.. "Ela.. bawak bertenang.. abangmu
telah pergi menemui Ilahi".. Ina menangis¦
"Astaghfirullaah"¦ kalimah allah ku keluarkan.. aku menjadi
lesu¦ " What happened Ina???"
"Ela.. kau ingat tak masa kau di pondok usang yang terletak
di punggol itu???¦" "Pada waktu abang kau ingin membawa kau pulang ..
satu pergelutan telah terjadi di antara abang kau dengan Jo .. tiba-tiba¦ api
yang dinyalakan di dalam pondok tu terjatuh dan telah menyebabkan kebakaran
pada pondok itu.. Sewaktu abang engkau cuba menyelamatkan kau.. rumah itu telah
terbakar teruk.. akibatnya seluruh anggota belakang abangmu terbakar teruk
sewaktu mengangkatmu keluar dari rumah itu ..
Akibat dari itu.. abang mu hangus di kebanyakkan bahagian badannya dan tidak dapat diselamatkan
oleh doktor.. Mayatnya telah dikebumikan semalam.".."Ela .. kau
sebenarnya sudah tiga hari tak sedarkan diri.." katanya perlahan..
Hatiku pilu.. badanku lesu.. akalku seperti tidak dapat menerima
kenyatan yang baru disampaikan oleh temanku Ina tadi.. kali ini .. tidak dapat
ku tahan lagi airmata dari jatuh mengalir ke pipiku.. Abang ku meninggal kerana
menyelamatkan ku.. aku kesal.. kesal dengan sikapku yang menyebabkan kematian
abang kesayangan ku itu.. satu-satunya saudaraku¦
Seminggu kemudiannya .. aku dimasukkan ke pusat pemulihan dadah
untuk menjalani rawatan selama tiga bulan.
Bapaku pula.. alhamdulillaah.. pulih sepenuhnya setelah empat
minggu menjalani rawatan intensif di Hospital Besar Singapura..
Tiap kali ku terkenang peristiwa pahit yang meragut nyawa abangku
itu.. hatiku terasa sebak .. dan airmata pasti mengalir mestipun aku cuba
menahannya¦ tiada lain yang dapat ku lakukan kecuali mendoakan agar roh Allahyarham
abangku sentiasa dirahmati Allah SWT¦
Wednesday, April 24, 2013
Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang ....
Assalamualaikum sahabatku semua...
tujuan memaparkan gambar ini bkn la berniat utk mengaibkan sesiapa...hanya sekadar utk kita jadikan ikhtibar... cerita ini hampir setahun berlalu.. ianya pada 9 mei 2012 sekitar jam 12.30am sy menziarahi jiran sy yg telah dijemput Allah pulang ke rahmatullah... masa sy tiba.. ada beberapa org diluar surau.. dan ada tiga org disini jenazah..dua darinya sedang berbual bertanyakan hal penyebab kematian..yg seorg lagi sedang membaca Yassin...
selepas memberi salam dan berjabat tgn ..sy terus sedekahkan surahYassin buat arwah.. ketika dua helaian terakhir surah Yassin dibaca sy dapati tiada siapa lagi disisi jenazah mau pun disisi sy.. yg tinggal hanya sy dan Arwah..
Ya Allah... Hanya ENGKAU sahaja mengetahui perasaan ini.. tinggallah jenazah ini tanpa ditemani anak isteri mau pun saudara mara.. sy jadi serba salah.. kalau sy tinggalkan juga ..maka bersendirian la ia..
tanpa sy sedar airmata ini menitis.. membayangkan keadaan diri sy nanti..adakah yg menemani sy nanti hingga ke kuburan..adakah yg akan menghadiahkan sy surah2 suci buat penenang diri di alam sana...
sahabatku... benarlah sabda Rasulullah SAW Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya :
"Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah : Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya "
Apabila kita mati tiada siapa lagi yg akan menemani kita... hanya Amalan yg akan menemani kita.. ayuhlah sahabatku.. kita menginsafi diri kita.. lupakan segala kejahatan yg lama..Allah itu maha pengampun.. kita kemabililah menjadi hambanya yg bertaqwa.. dunia hanya persinggahan , tiada yg kekal diatas muka bumi ini..semuanya pasti akan merasai mati...
perbanyakkanlah amalan utk kita bawa pulang ke sana nanti...
p/s ; kepada anak2.. apabila perkara ini terjadi kpd ibu bapa anda atau kaum kerabat anda..jgn lah tinggalkan org yg anda kasihi sendirian..temani la ia sampai kekuburan.. jgnlah hanya semasa hidupnya sahaja kamu memerlukannya.. dia juga memerlukan mu semasa matinya...berdoalah setiap hari utk mereka dialam sana.. doa2 anak yg soleh akan menyelamatkan mereka dari seksa kubur..Insyallah...
Maafkan sy andai coretan ini membuatkan ada yg tidak senang....Jika Pesanan Ini Berguna Untuk Anda Sila SHARE Pada Sahabat2 Anda....
Walllahualam..
Dari: FB Lisa Ghazali
di pos oleh: Leha Single
Tuesday, April 23, 2013
Ada Ketikanya .
Ada ketikanya insan yang kita sayang,
membuatkan kita dalam keadaan teruji
Ada ketikanya insan yang kita sayang,
membuatkan kita terkeliru
Ada ketikanya insan yang kita sayang,
selalu membuatkan kita terluka
Ada ketikanya insan yang kita sayang,
semakin membuatkan kita terkilan
Ada ketikanya insan yang kita sayang,
membuat rasa sabar kita kian menipis
Ada ketikanya insan yang kita sayang,
mengguris hati kita hingga menitis airmata
Namun kita tetap menyayangi dia...
Kerana APA?
Kerana kita terima dia seadanya...
Friday, April 12, 2013
Kisah Seorang Abid, Syaitan dan Sebatang Pokok
Diterangkan di dalam kitab Ehyaaul-ulum karangan Imam Ghazali, ada seorang Abid (ahli ibadat) dikalangan bani Israel yang sentiasa sibuk dengan ibadat. Pada suatu hari datanglah satu rombongan menyampaikan perihal sebuah kaum yang menyembah pohon kayu.
Mendengar berita itu, Abid lantas marah semarah-marahnya. Lalu ia mengambil sebilah kapak dan keluar untuk menebang pokok tersebut. Dalam perjalanannya, dia telah bertemu dengan syaitan yang telah menyamarkan dirinya sebagai seorang tua. Syaitan pun bertanya,
Syaitan: Engkau hendak ke mana?
Abid: Aku hendak pergi menebang pokok yang disembah orang
Syaitan: Kenapa engkau hendak menebang pokok itu. Engkau tinggalkan ibadat engkau hanya kerana satu perbuatan yang sia-sia
Abid: Ini juga merupakan satu ibadat
Syaitan: Tidak sekali-kali aku akan membenarkan engkau menebang pokok itu
Akhirnya, satu perkelahian yang hebat pun berlaku di antara Abid dan syaitan. Abid telah berjaya mengalahkan syaitan lalu ia duduk di atas dada syaitan itu. Menyedari akan kekalahannya itu, syaitan pun cuba menggoda Abid,
Syaitan: Dengarlah kata-kataku. Perkara menebang pokok itu bukanlah Allah wajibkan ke atasmu. Pokok itu pun tidak mengganggu amal ibadat kamu dan kamu pun bukannya menyembah pokok itu. Tuhan telah mengutuskan para AnbiyaNya. Jika ia mengkehendaki, pasti Dia akan memerintahkan Nabi-nabi menebang pokok itu
Abid: Aku tak peduli. Aku mesti menebang pokok itu. Buatlah apa pun yang engkau suka
Lalu mereka pun berkelahi lagi. Sekali lagi Abid berjaya mengalahkan syaitan. Lalu syaitan pun berkata,
Syaitan: Dengarlah kata-kataku yang terakhir ini. Ia mungkin menguntungkan engkau. Engkau ini seorang miskin yang menjadi beban kepada masyarakat. Kau biarkanlah pokok itu dan ambil tiga dinar (wang emas) setiap hari dari bawah bantalmu. Dengan wang itu, kau akan memenuhi keperluan seharianmu, menunaikan hak keluargamu dan membantu fakir miskin. Kau boleh gunakan wang itu untuk mengerjakan amalan yang baik lagi menguntungkan dirimu. Jika kau tebang pokok ini, kau hanya mendapat satu pahala sahaja. Sedangkan penyembah2 pokok ini pasti akan mencari pokok lain untuk disembah
Malangnya kali ini, Abid telah terpengaruh dengan pujukan syaitan dan menerima tawaran tiga dinar itu. Dua pagi berturut-turut, Abid memperolehi 3 dinar dari bawah bantalnya, manakala pada hari ketiga, wang itu tidak pula diperolehinya. Merasakan dirinya tertipu, Abid lantas mencapai kapaknya lalu keluar untuk menebang pokok kayu itu. Dalam perjalanannya, sekali lagi Abid bersua dengan syaitan.
Syaitan: Engkau hendak ke mana?
Abid: Aku hendak menebang pokok itu
Syaitan: Kini kau tidak berdaya untuk menebang pokok itu lagi
Lalu mereka pun berkelahi. Kali ini syaitan pula yang menang dan duduk di atas dada Abid. Abid tercengang lalu bertanya,
Abid: Kenapa sekarang engkau dapat mengalahkan aku sedangkan dulu, aku telah mengalahkan engkau?
Syaitan: Dahulu, engkau menang kerana engkau berjuang semata-mata kerana Allah. Kini, engkau kalah kerana engkau berjuang semata-mata kerana wang.
Sesungguhnya perbuatan yang dikerjakan kerana Allah mempunyai kekuatan yang luar biasa. Sesungguhnya, keikhlasan itu sahaja yang dipandang oleh Allah Ta’ala. Semua amalan dinilai berdasarkan keikhlasan pengamalnya.
nasbunnuraini.wordpress.co m
Riak
Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqolani dalam kitabnya Fathul Baari berkata: “Riak ialah menampakkan ibadah dengan tujuan dilihat manusia, lalu mereka memuji pelaku amalan itu.”
Ada insan yang ketika beribadah secara bersendirian kualiti amalannya tidak sehebat ketika orang lain memandangnya. Contoh seseorang yang solat bersendirian maka solatnya tidak sepanjang atau bacaan dalam solat tidak dilagukan atau dinyaringkan.
Apabila di depan orang ramai, solat menjadi panjang dan suaranya dikuatkan supaya orang lain mendengar bacaan yang berlagu. Tasbihnya pula dibiarkan di tangan sambil mulut terkumat-kamit agar dilihat orang.
Begitu juga boleh dianggap riak jika seseorang memakai pakaian seperti ulama iaitu berjubah dan serban besar bertujuan menampakkan dirinya sebagai alim dan kuat beribadah. Ada juga individu sengaja menghitamkan dahi dengan menggosoknya menggunakan objek keras supaya kelihatan seperti yang kuat mengerjakan solat dan lama bersujud..
Kerisauan Baginda SAW terhadap sifat riak disebabkan penyakit hati ini mudah menyerang setiap insan kerana jiwa manusia memiliki kecenderungan suka menerima puji dan kedudukan tinggi di hadapan orang lain. Al-Muhasibi menjelaskan penyebab riak:
“Senang dipuji dan takut dicela, tunduk kepada dunia dan tamak kepada perkara dimiliki orang lain.”
Hak Untuk Ditunai, Bukan Dituntut.
Assalammualaikum semua,saya kini berada di Mafraq, satu wilayah yang terletak diutara Jordan,ianya mengambil masa satu jam perjalanan dari Irbid dengan menaiki bas.Ketika sedang asyik menikmati pemandangan hamparan bumi Jordan sepanjang perjalanan menuju ke Mafraq, tiba-tiba "mundurnya negara Jordan ni"...hatiku bermonolog, lantas terus teringat apa yang berlaku dibeberapa negara arab yang ditimpa benca pemberontakan rakyat. Saya berfikir sejenak ,kenapa perkara ini boleh berlaku...??
Saudaraku yang disayangi , sesungguhnya kewujudan kita di persada alam ini bukan satu kebetulan atau sekadar untuk hidup semata-mata atau untuk tujuan bermain-main serta memburu keseronokan.Sebaliknya kehidupan yang diberikan dalam jangkamasa yang terbatas ini adalah medan untuk kita memberikan sumbangan dan pemberian sebanyak yang boleh.Namun bukan itu yang ingin saya cetuskan di sini,anggaplah ia sekadar pembuka bicara. Berbalik kepada persoalan tadi,kenapa pemberontakan di beberapa buah negara Arab ini boleh berlaku..?
Konflik Global
Kebanyakkan akhbar dan media massa melaporkan,"rakyat bangkit menuntut hak yang dinafikan kerajaan".Ya,kerana kerajaan menafikan hak rakyat,rakyat bangun untuk mendapatkan hak mereka.Dan sekarang kita lihat apa yang terjadi,adakah sang rakyat mendapat apa yang dipinta,dan adakah kerajaan boleh meneruskan tugas memajukan negara..? Sudah tentu kedua-dua pihak dalam kecelakaan dan mereka semua adalah orang-orang yang rugi. Ya,mereka semua rugi.Tidak cukup lagi mereka dikenali negara mundur sebelum ini,ditambah pula kini lebih jauh jatuh dalam kancah kemunduran, setentunya statistik inflasi semakin mendaki, pengangguran rakyat makin meningkat, yang paling teruk jenayah akan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, itu yang pasti....!
Siapa yang bersalah dalam drama ini...?
Kini bukan masa untuk kita menunding jari untuk mencari dan menghukum pihak mana yang bersalah,kita perlu mencari titik penamat untuk permasalahan ini. Rumusnya mudah untuk menyelesaikan masalah ini,iaitu rakyat menunaikan hak mereka sebagai rakyat,dan kerajaan menunaikan hak sebagai kerajaan. Apa yang pasti hasil dari rumus ini ialah,negara aman , maju dan mampu menjadi negara contoh kepada masyarakat dunia.Ini contoh diperingkat antarabangsa.Mari kita lihat skop yang lebih kecil.
Konflik Domestik
Seringkali kita melihat didada akhbar tempatan tentang masalah berbentuk "tuntutan".Sebagai contoh masalah rumah tangga,tidak dinafikan bahawa ada juga permasalahan rumah tangga berpunca dari faktor lain,tetapi kebanyakkannnya berpunca dari tuntutan hak dari suami isteri kepada pasangan masing-masing. Si isteri menuntut hak sepencarian dari suami,tidak kurang juga si suami menuntut hak penjagaan anak-anak dari isteri, maka bermulalah episod kehancuran sebuah rumah tangga yang dahulunya dipenuhi dengan taburan janji untuk hidup semati ,susah senang ,suka duka ingin dilalui bersama ,hanya kerana MENUNTUT HAK, semuanya menjadi debu yang bertebangan di sahara Andalus, yang setentunya sang anak menjadi mangsa keadaan.
Sedarlah wahai saudaraku,sudah sekian lama kita dididik dengan satu sistem yang membutakan sikap "menunai" dan lebih mencelikkan sikap "menuntut", dan serangan dari perang saraf ini telah berjaya mengubah sikap kita. Lihat sahaja kepada sistem yang ada pada hari ini yang sering kali melaung-laungkan perkataan "hak keistimewaan","hak itu","hak ini". Sesungguhnya mereka telah berjaya mendidik kita untuk menjadi penuntut tegar yang hanya tahu menuntut dan terus menuntut.
Solusi dan Penutup
Sidang pembaca yang dirahmati Allah ,suka untuk saya mengajak diri sendiri dan saudara semua untuk menanam sikap "menunaikan hak" tidak kira walau siapa pun kita.Jika hari ini kita sebagai seorang anak ,ibu, ayah, adik, abang ,kakak ,kawan, sahabat, pelajar, guru, suami ,isteri, tetamu, tuan rumah ,pelanggan, taukey, rakyat, kerajaan hatta khalifah yang memimpin 2/3 dunia sekalipun, tunaikanlah hak kita, kerana memberi itu lebih ringan dari meminta. Jika masih ada diantara kita yang masih lagi berpegang kepada sikap "menuntut", tunggulah saat kehancuran datang menjemput kita secara senyap tanpa sebarang notis....!
Akhir kata dari saya, sama-sama kita bahagiakan kehidupan kita dengan menunaikan hak, bukan menuntut hak. Ingat, what you give , you get back.
Muizz Ashari
Mafraq Jordan
Wednesday, April 10, 2013
Pintu Pintu Syurga
Menurut hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., syurga memiliki 8 pintu dari emas yang ditaburi mutiara. Pintu-pintu tersebut adalah :
1. Pintu untuk para Nabi, Rasul, syuhada, dan dermawan.
2. Pintu bagi orang-orang yang mendirikan sholat dengan menyempurnakan syarar rukunnya dan wudhunya.
3. Pintu buat orang-orang yang mengeluarkan zakat dengan kebersihan jiwa.
4. Pintu untuk orang-orang yang memerintah kebaikan dan melarang kemungkaran.
5. Pintu orang-orang yang mencegah hawa nafsu dan kesyahwatan.
6. Pintu buat orang-orang yang menunaikan ibadah Haji dan umrah.
7. Pintu bagi para ahli Jihad (berjuang menegakkan agama Allah)
8. Pintu bagi orang-orang yang bertakwa, berbakti kepada orangtua, dan menyambung tali persaudaraan.
Sindiket Curi Elektrik - Rezeki Tidak DiBerkati !
PENCURI
Pencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu). Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.
Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:
”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”
(Surah Al- Maidah ayat 38)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas”
(Riwayat Bukhari Muslim)
Jangan terpedaya dengan taktik sindiket menawarkan perkhidmatan yang mampu mengurangkan caj bil elektrik di rumah mahupun premis perniagaan.
Saranan itu dibuat Pengurus Kanan (Perkhidmatan Pengguna dan Pemasaran) Negeri, Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB), Mohamed Noh Md Seth yang mahu orang ramai tidak termakan pujukan ‘orang tengah’ yang menawarkan perkhidmatan pengurangan caj bil elektrik yang sebenarnya menyalahi undang-undang.
“Kita ada kesan sindiket yang mungkin mengakui juruteknik elektrik dari TNB ataupun berpakaian menyerupai pegawai kami yang menawarkan perkhidmatan mengurangkan caj elektrik di kediaman mahupun kilang, yang sebenarnya mereka melakukan curi elektrik dengan pelbagai teknik dan taktik.
“Kita juga mengesyaki sindiket ini juga, dalam tempoh tiga atau empat tahun kemudian akan bertindak sebagai pelapor kes-kes kecurian elektrik kepada TNB kerana kita ada memperuntukkan habuan bagi pelapor kes-kes kecurian yang dilaporkan kepada kami,” katanya selepas mengadakan sesi dialog bersama pengguna, di sini, semalam.
Turut sama, Ahli Parlimen Gelang Patah, Tan Ah Eng.
Mohamed Noh berkata, jika berlaku pengubahsuaian atau dipanggil meter elektrik diusik dikesan oleh TNB, pengguna akan dipertanggungjawabkan untuk membayar kembali caj kerugian yang dibuat mengikut dari tahun pelakuannya.
Katanya, Johor antara negeri yang mencatatkan kes kecurian tertinggi di negara ini dengan 1,400 kes dikesan dari September 2010 hingga April tahun ini.
Daripada angka itu, 70 peratus kes kecurian membabitkan kawasan perumahan dan selebihnya kilang dan premis perniagaan.
“Kes yang dikesan membabitkan rumah, di mana sebanyak 1.06 juta akaun bagi rumah dan selebihnya membabitkan kilang.
“Biarpun kilang mencatatkan rekod yang kecil namun ia membabitkan nilai kerugian yang besar dan selalunya 60 peratus daripada kes dilaporkan akan dibawa ke mahkamah. Jika membabitkan rumah, kita masih mampu mengadakan rundingan,” katanya.
Di negeri ini sebanyak 2,652 kilang yang mempunyai akaun dengan TNB dan 167,000 premis perniagaan.
Mohamed Noh berkata, bagi pelaku yang didapati mencuri elektrik boleh dikenakan tindakan jenayah di bawah Suruhanjaya Tenaga di bawah Seksyen 37 dan tindakan sivil TNB Seksyen 38 di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Tuesday, April 9, 2013
Kisah Allah Menciptakan Jibrail A.S
Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa,
“Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.
Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah,
“Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?”
Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail,
“Tidak”.
Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.
Setelah malaikat Jibrail selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya,
“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.
Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.
Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah,
“Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?”
Maka Allah berfirman yang ertinya,
“Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”.
Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.
Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata,
“Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”
Maka Allah pun berfirman,
“Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”.
Sabda Rasulullah,
“Sebelah kanan sayap Jibrail terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah“.
Kata Rasulullah lagi,
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.
“Kalau orang yang nazak itu orang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga terlupa orang-orang di sekelilingnya. Jika orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehinnga ia menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”, kata Rasulullah.
Kita sebagai umat Islam mesti mengakui kebenaran ini dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara ghaib. Tidaklah mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia maha pencipta. Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tidak bertiang, bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya?
Rujukan: Himpunan kisah-kisah teladan
Subscribe to:
Posts (Atom)





